Kuala Lumpur: Selepas tujuh hari dilaporkan hilang, seorang remaja perempuan akhirnya kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat, semalam.

Ibunya, Nor Ernie Yusnitawaty Basiran, 40, berkata, anakya itu ditemukan di Cheras di sini, hasil bantuan seorang wanita yang menghubungi keluarganya selepas membaca laporan kehilangannya disiarkan Harian Metro kelmarin.

Katanya, wanita dikenali sebagai Sha itu memaklumkan, anaknya sebenarnya menumpang tidur di rumahnya sepanjang tempoh berkenaan.

"Alhamdulillah, terima kasih sangat kepada Harian Metro kerana berita yang disiarkan sangat membantu.