KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam di negeri ini bermula dari Gred Utama B dan ke bawah termasuk kakitangan lantikan kontrak.
Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, peruntukan itu melibatkan implikasi kewangan keseluruhan sebanyak RM7.13 juta.
Katanya, pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan dan dedikasi penjawat awam yang memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda pembangunan negeri serta memenuhi keperluan rakyat.
“Pembayaran bantuan khas kewangan ini dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan menjelang ambang Hari Kebangsaan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Kelantan 2027 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.









