BEIRUT: Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, menegaskan kumpulan disokong Iran itu tidak peduli dengan keputusan pilihan raya Israel, sebaliknya berikrar akan terus menentang negara itu.
Kenyataan itu menyusul ketika keputusan 85 peratus undi menunjukkan blok berhaluan kanan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mendahului tipis blok pembangkang utama.
Namun, baik pimpinan sedia ada mahupun pembangkang, masih belum mencapai majoriti mutlak selepas pilihan raya pada Selasa bagi membentuk kerajaan.
"Kami tidak peduli siapa yang bakal memerintah Israel, tetapi biarlah jelas bahawa mereka tidak boleh meneruskan pendudukan dan mesti keluar dari tanah kami," kata Qassem dalam satu kenyataan bertulis.










