Naim Qassem berkata Hizbullah tidak peduli siapa yang mentadbir Israel. (Gambar AFP) BEIRUIT: Ketua Hizbullah, Naim Qassem, berikrar gerakan Lubnan yang disokong Iran itu akan meneruskan "penentangan" terhadap Israel , tidak kira siapa memenangi pilihan raya di negara berkenaan.
Dengan 85% undi telah dikira, blok berhaluan kanan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mendahului tipis berbanding blok pembangkang utama, tetapi masih gagal meraih majoriti selepas pilihan raya pada Selasa.
"Kami tidak peduli siapa mentadbir Israel, tetapi perlu ditegaskan mereka tidak boleh meneruskan pendudukan dan mesti keluar dari tanah kami.
"Penentangan akan diteruskan...dan akan bangkit menentang pencerobohan ditujukan kepada kami atau Lubnan. Tiada ruang untuk bincang pelucutan senjata Hezbollah selagi pendudukan dan pencerobohan itu berterusan," kata Qassem dalam kenyataan.







