BUKIT JALIL: "Bukan semua orang suka kita, jadi kenapa perlu sibuk melayan kecaman?"
Demikian pendirian pelakon Nadhir Nasar yang enggan membuang masa melayan komen negatif, sebaliknya memilih memberi perhatian kepada mereka yang menghargai dirinya dan hasil kerja seni.
Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata, sebagai anak seni yang sentiasa menjadi perhatian, dia terbuka menerima pelbagai pandangan orang ramai, baik mengenai penampilan mahupun mutu lakonan.
Baginya, perbezaan pendapat dan cita rasa adalah lumrah kehidupan yang tidak seharusnya dijadikan beban, apatah lagi sehingga menjejaskan ketenangan diri.









