AUSTIN – Valtteri Bottas menegaskan masa depannya bersama Cadillac Racing terjamin dan menepis spekulasi liar kononnya kedudukannya dalam kancah Formula Satu (F1) bagi musim 2027 kini di ambang penyingkiran.
Khabar angin mengenai masa depan pelumba Finland berusia 37 tahun itu mula bertiup kencang susulan kemerosotan prestasi pada sesi kelayakan dan hari perlumbaan kebelakangan ini, sekali gus mengaitkan nama Esteban Ocon, Colton Herta serta Yuki Tsunoda sebagai calon pengganti.
Situasi bertambah hangat apabila Prinsipal Pasukan Cadillac, Marcin Budkowski enggan memberi jaminan terbuka mengenai barisan pemandunya bagi 2027 ketika bercakap pada sidang media Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, baru-baru ini.









