PETALING JAYA – Malang menimpa sebuah keluarga Malaysia ketika berada di Itali apabila kesemua 11 beg bagasi mereka didakwa dicuri dari dalam kereta ketika mereka berhenti untuk makan di Pisa.

Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @njlaimn, yang meluahkan rasa sedih selepas rakannya bersama keluarga menjadi mangsa kecurian berkenaan ketika dalam perjalanan dari Pisa ke Milan.

Lebih membimbangkan, keluarga berkenaan mendakwa berjaya mengesan lokasi iPad yang hilang dan berada di kawasan yang dipercayai sebuah kem gypsy.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarga berkenaan, selain meluahkan rasa kecewa terhadap tindak