MUKADIMAH Menggunakan analogi pahlawan Melaka ‘Hang Tuah’ dan ‘Hang Jebat’ untuk menggambarkan watak rakyat Melaka dalam menilai isu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, ADLY ZAHARI yakin kebijaksanaan pengundi Melaka dalam memahami kesan kerosakan jangka panjang kehilangan wang negara terutama dalam menangani isu Tabung Haji serta Felda.

Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, IRWAN SHAFRIZAN ISMAIL dan FITRI NIZAM, dibantu jurufoto, MOHD. FARIZWAN HASBULLAH serta juruvideo MUHAMMAD FARIS MD IDERIS, Naib Presiden Amanah itu berkata, PH juga perlu memperoleh lebih daripada 30 peratus undi Melayu sekiranya mahu berpeluang memenangi sebahagian besar kerusi dipertandingkan.