WASHINGTON: Usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meredakan kenaikan harga diesel menjelang pilihan raya pertengahan penggal terus gagal, meskipun pentadbirannya mengambil pelbagai langkah yang membebankan kewangan negara.
Antara pendekatan diambil termasuk menawarkan bantuan berbilion dolar kepada petani, melonggarkan peraturan untuk pemandu lori, mengurangkan sekatan terhadap bahan api Russia dan mendesak sekutu Eropah melepaskan bekalan simpanan kecemasan.
Bagaimanapun, harga diesel AS meningkat hampir 10 sen segelen pada minggu lalu kepada purata AS$6.28 (RM25.65), sekali gus menamatkan penurunan selama dua minggu dan kekal menghampiri paras rekod tertinggi, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).









