MELAKA: Pakatan Harapan (PH) diharap memberi peluang kepada lebih lima calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, sekali gus membuka ruang kepada generasi baharu mencorakkan kepimpinan negeri.

Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Melaka, Muhammad Ridhuan Abu Samah, berkata golongan muda wajar diketengahkan di kerusi bersesuaian bagi membawa idea baharu tanpa mengetepikan pengalaman pemimpin sedia ada.

Menurutnya, golongan muda wajar diketengahkan di kerusi bersesuaian bagi membawa idea baharu tanpa mengetepikan pengalaman pemimpin sedia ada.

Katanya, kemampuan golongan muda membawa suara masyarakat dapat dilihat menerusi wakil rakyat seperti Kerk Chee Yee daripada DAP yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, selain Adam Adli yang mewakili Parlimen Hang Tuah Jaya.