KUCHING: Langkah pembukaan semula laluan perdagangan Tebedu-Entikong dapat mempergiat aktiviti ekonomi, meningkatkan perdagangan rentas sempadan serta menarik pelaburan antara Sarawak dan Kalimantan Barat, menurut Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).
Presiden SBF, Datuk Jonathan Chai Voon Tok, berkata perhubungan lebih baik dan operasi sempadan yang lebih cekap, dapat meminimumkan kos logistik, meluaskan akses pasaran, memperkukuh rantaian bekalan serta mewujudkan peluang pelaburan baharu yang merangkumi pelbagai sektor ekonomi.
"Pembukaan semula laluan perdagangan itu memberi potensi besar dari segi meningkatkan perdagangan, pelaburan dan aktiviti ekonomi serantau. Sarawak dan Kalimantan Barat misalnya hampir dari segi geografi serta mempunyai kekuatan ekonomi yang saling melengkapkan.










