DOHA: Pengantara Qatar mengemukakan deraf perjanjian baharu kepada Iran bagi menamatkan peperangan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, namun tidak diterima Tehran.

Pegawai kanan Iran menyifatkan cadangan itu sekadar syor yang tidak boleh diterima serta belum mencapai tahap tawaran rasmi.

Menurut sumber, cadangan damai baharu bagi konflik yang berlarutan selama lapan bulan itu diserahkan pada Ahad dan sedang diteliti oleh Tehran, dengan maklum balas dijangka dikemukakan menjelang akhir minggu ini.

Qatar bersama-sama Pakistan mengetuai usaha perantaraan bagi menghentikan pertempuran yang mengganggu laluan perkapalan global dan bekalan minyak dunia, selain kini semakin meluas ke Arab Saudi dan Yaman.