KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan subsidi petroleum yang ditanggung akan mencecah RM40 bilion tahun ini susulan krisis bekalan global yang melonjakkan harga minyak mentah dunia melebihi AS$120 setong.

Kementerian Kewangan berkata perbelanjaan subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) meningkat daripada kira-kira RM800 juta sebulan pada Januari dan Februari kepada hampir RM5 bilion sebulan pada Mac dan April.

Bagaimanapun, tanggungan subsidi itu menyederhana kepada kira-kira RM3 bilion sebulan bagi tempoh Jun hingga Ogos lalu.

"Dalam menghadapi situasi ini, kerajaan sudah mengambil pendekatan yang seimbang bagi memastikan kebajikan rakyat terus