Presiden MIPP P Punithan berkata suara dan kepentingan masyarakat India wajar mendapat pengiktirafan serta diwakili dalam landskap politik negara. PETALING JAYA: Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) tidak akan menyertai PRN Melaka selepas gagal mencapai persetujuan dengan kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Presiden MIPP, P Punithan, berkata parti itu tidak akan menggadaikan prinsipnya semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam PRN 14 Nov ini.

Tegasnya, perjuangan MIPP adalah mempertahankan kepentingan masyarakat India dengan penuh bermaruah dan prinsip, selain suara serta kepentingan masyarakat itu wajar mendapat pengiktirafan dan diwakili dalam landskap politik negara.

"Kerusi boleh dicari, tetapi maruah perjuangan kita tidak boleh sesekali dikorbankan," katanya kepada FMT.