Kota Bharu: Perikatan Nasional (PN) yakin calon yang bakal diumumkan malam ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mampu meraih sokongan pengundi.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, calon yang akan diketengahkan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk anak tempatan dan tokoh profesional yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.

"Calon yang akan ditampilkan PN adalah calon tempatan dan tokoh profesional selain terbabit dengan banyak aktiviti bersama masyarakat.

"Calon yang dikemukakan itu juga dikenali ramai. Insya-Allah, calon kita akan mendapat sokongan pengundi di Melaka," katanya ketika dihubungi.