Kuala Lumpur: Pelakon, Jazmy Juma mengakui tidak pernah berkecil hati apabila dilabel sebagai pelakon 'kayu', malah menganggap kritikan netizen sebagai teguran membina buat dirinya.

Jazmy atau nama sebenar Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata dia bersyukur apabila menerima maklum balas sedemikian terutama membabitkan kelemahan diri kerana tidak semua orang berani berterus-terang.

"Saya tidak ambil hati langsung, Alhamdulillah. Saya rasa gembira ada orang komen pasal saya, lagi-lagi komen pasal keburukan sebab susah untuk orang berterus-terang mengenai kelemahan kita.

"Malah, saya sangat bersyukur sebab tidak semua orang berani nak cakap benda (kelemahan) itu. Dari situ, saya boleh betulkan apa yang kurang.