KUALA LUMPUR: Pelakon, Jazmy Juma, 28, tidak terasa hati dengan komen netizen yang berpandangan dia lebih ‘kayu’ dari seorang pelakon yang ada di Malaysia.
Malah Jazmy atau Jazmy Khan Juma Khan mengambil komen tersebut sebagai perkara bermanfaat untuk memperbaiki semua kekurangan termasuk kualiti lakonannya.
“Saya gembira kerana ada netizen komen tentang saya lebih-lebih yang menyentuh keburukan saya kerana tak semua orang nak berlaku jujur dengan kita.
“Ibaratnya sahabat kita memberitahu kita tentang kelemahan diri sendiri, saya sangat bersyukur dengan perkara itu kerana bukan semua berani nak berkata perkara yang benar.









