KUALA LUMPUR: Dilabel pelakon 'kayu' bukan sesuatu yang menjejaskan keyakinan pelakon Jazmy Juma, sebaliknya kritikan itu dianggap teguran berharga untuk memperbaiki mutu lakonannya.
Jazmy, 28, berkata, dia bersyukur apabila ada penonton berani menyuarakan kelemahannya secara terbuka kerana bukan mudah untuk seseorang berterus-terang mengenai kekurangan orang lain.
Katanya, kritikan berkenaan menjadi ruang untuk dia bermuhasabah, mengenal pasti kelemahan diri dan terus belajar bagi meningkatkan kemampuan sebagai pelakon.
"Saya rasa bersyukur dan gembira apabila ada yang memberikan komen serta kritikan terhadap kelemahan saya.






