KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan dengan lebih tinggi bagi hari ketiga berturut-turut pada Khamis, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengekalkan kadar faedah utama pada 3.75 peratus hingga 4.00 peratus.

Pada 9.10 pagi, indeks penunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.71 mata atau 0.29 peratus kepada 1,618.58 daripada paras penutup 1,613.87 semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.57 mata kepada 1,614.44.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 198 berbanding 104, sebanyak 291 kaunter tidak berubah, 2,284 kaunter tidak diniagakan manakala dagangan 161 kaunter digantung.