KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar penyelesaian sekali bayar RM155 juta kepada Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHPSB) bagi menyelesaikan tuntutan yang dipertikaikan susulan penamatan kontraknya untuk projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah pada 2019.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata Jemaah Menteri bersetuju dengan pembayaran itu selepas kontrak berkenaan ditamatkan.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen bagi menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN-Kota Belud) yang meminta pecahan bersih fi pengurusan sebanyak 5.5 peratus dibayar kepada rakan pelaksana projek (PDP), selain jumlah serta pecahan kos yang boleh dibayar balik dan bayaran lain.








%2Ffile%2F1349%2F07e88fca0e5b541b6c14a0807196f198.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

