KUALA LUMPUR: Hujung minggu warga Johor bakal diserikan dengan kemeriahan Karnival Jom Heboh (KJH) 2026 yang kembali ke Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, selama tiga hari bermula esok hingga 1 November ini.
Memasuki edisi penganjuran ke-23, acara padang ikonik itu menjanjikan pelbagai hiburan, aktiviti kekeluargaan, tawaran istimewa dan lebih 150 reruai yang menghimpunkan jenama serta produk untuk diterokai pengunjung.
KJH turut mengukuhkan kedudukannya sebagai acara padang ikonik negara apabila diiktiraf sebagai Longest Running Outdoor Carnival oleh The Malaysia Book of Records.
Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti termasuk Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Buletin Challenge, sesi bertemu dan beramah mesra (Meet & Greet) bersama pelakon drama TV3 serta personaliti TV9, selain pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.








%2Ffile%2F1349%2F07e88fca0e5b541b6c14a0807196f198.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

