Kuala Lumpur: Seramai 691 guru dikenal pasti memerlukan intervensi segera berkaitan kesejahteraan psikologi menerusi saringan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap 82,126 guru di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, dapatan saringan Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi) menunjukkan 636 guru berada pada tahap sederhana, 32 pada tahap sederhana rendah dan 23 pada tahap rendah.

Beliau berkata, jumlah itu bersamaan 0.84 peratus daripada keseluruhan guru yang menjalani saringan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, majoriti guru, iaitu 99.16 peratus, berada pada tahap kesejahteraan psikologi yang baik, merangkumi 50,869 guru pada tahap tinggi dan 30,566 pada tahap sederhana tinggi.