Kota Bharu: Sebanyak 104 operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan perlombongan haram dilaksanakan di Kelantan dalam tempoh 2024 hingga September tahun ini, dengan 100 kertas siasatan dibuka.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata daripada jumlah itu, 49 kes sudah selesai manakala 51 kes lagi masih dalam siasatan.

Katanya, operasi bersepadu berkenaan dilaksanakan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dengan kerjasama pasukan keselamatan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Cawangan Khas.

Operasi itu turut membabitkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).