KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan membuka sebanyak 100 kertas siasatan berkait kegiatan perlombongan pelbagai jenis mineral secara haram yang berlaku di seluruh negeri ini sepanjang tempoh hampir dua tahun.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, kes yang berlaku bermuka 2024 hingga September lalu itu disiasat mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Kelantan 2001.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 49 kes telah diselesaikan manakala 51 kes lagi masih dalam siasatan.

“Kesemua kertas siasatan itu dibuka selepas sebanyak 104 operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan oleh agensi kerajaan negeri bersama pas