Timbalan Menteri Besar Kelantan Fadzli Hassan berkata kadar denda dan kompaun turut ditingkatkan bagi kesalahan berulang untuk memberi pengajaran kepada pesalah.KOTA BHARU: Seratus kertas siasatan dibuka membabitkan aktiviti perlombongan haram di Kelantan menerusi 104 operasi penguatkuasaan bersepadu dari 2024 hingga bulan lalu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Fadzli Hassan, berkata semua kes itu disiasat mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Kelantan 2001.

"Berdasarkan rekod penguatkuasaan Pejabat Tanah dan Galian Kelantan bagi tempoh 2024 hingga September 2026, 51 kes masih dalam siasatan dan baki 49 kes lagi telah diselesaikan."

Beliau menjawab soalan Nik Bahrum Nik Abdullah (PAS-Chempaka) mengenai tindakan kerajaan negeri terhadap aktiviti perlombongan haram pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini.