Shuhaily Zain sebelum ini adalah pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang dilantik mengetuai AKPS pada 1 Julai tahun lalu.PETALING JAYA: Shuhaily Zain dikembalikan kepada pasukan polis selepas kerajaan memutuskan untuk menamatkan peminjamannya ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu dibuat minggu lalu dan polis akan mengambil tindakan susulan.

“Dia adalah polis ke AKPS. Jadi, kita kembalikan dia semula kepada pasukan polis, dan pihak polis akan menyusul,” katanya.