Lukanisman Awang Sauni berkata penyertaan Malaysia dalam BRICS membuka pasaran baharu di negara yang tiada perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia.
Key takeaways
Perdagangan Malaysia dengan blok BRICS meningkat 20% kepada RM846.5 bilion pada 2025, didorong oleh pertumbuhan dua digit dalam eksport dan import. China, Indonesia dan India kekal sebagai rakan dagang utama yang menyumbang kira-kira 90% daripada jumlah keseluruhan.
- Nilai eksport ke BRICS naik 17.4% kepada RM181.4 bilion manakala import meningkat 21.7% kepada RM299.62 bilion.
- Perdagangan dengan BRICS menyumbang 27.7% kepada perdagangan global Malaysia pada tahun lepas.
- Malaysia secara rasmi menyertai BRICS sebagai negara rakan baharu pada Oktober 2024.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Timbalan Menteri Luar Lukanisman Awang Sauni berkata jumlah perdagangan dengan blok BRICS melonjak kepada RM481.02 bilion bagi separuh pertama tahun ini berbanding RM400.73 bilion bagi tempoh sama 2025.KUALA LUMPUR: Keanggotaan Malaysia dalam BRICS membuahkan hasil apabila jumlah perdagangan dengan blok ekonomi itu melonjak 20% kepada RM481.02 bilion bagi separuh pertama tahun ini.
Timbalan Menteri Luar, Lukanisman Awang Sauni, berkata peningkatan signifikan berbanding RM400.73 bilion bagi tempoh sama 2025 itu dipacu lonjakan nilai eksport dan import yang masing-masing mencatat pertumbuhan dua digit.
Menurutnya, nilai eksport negara ke blok BRICS meningkat 17.4% kepada RM181.4 bilion, manakala nilai import turut meningkat 21.7% kepada RM299.62 bilion.