Kerajaan didesak menjelaskan pemilihan Prosignal yang dibangunkan oleh Prosignal Consortium Sdn Bhd dengan kerjasama LLM susulan aduan gangguan dan masalah teknikal oleh pengguna.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan menghentikan penggunaan aplikasi navigasi tempatan, TuJu yang bergelut untuk menangani lonjakan jumlah pengguna susulan arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya 1.7 juta penjawat awam beralih kepada aplikasi itu.

Dalam kenyataan, Lim turut memetik pengakuan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Hasni Mohammad, bahawa TuJu tidak direka untuk bersaing secara langsung dengan Waze, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Hasni berkata TuJu bertujuan menyediakan maklumat terkini mengenai trafik kepada pengguna lebuh raya, tetapi boleh diperluas pada masa depan untuk meliputi jalan persekutuan, jalan perbandaran dan jalan kampung dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, satu jangka masa yang dikritik Lim.