Selasa lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan sebuah stesen minyak di Sungai Buaya, Nibong Tebal disekat menjual petrol RON95 dan diesel bersubsidi di bawah BUDI Madani selepas transaksi mencurigakan dikesan.KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menggantung atau membatalkan lesen kawalan bekalan (CSA) sebuah stesen minyak di Nibong Tebal, Pulau Pinang, jika didapati berlaku penyalahgunaan subsidi petrol BUDI Madani.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata tindakan itu boleh diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, jika stesen minyak terbabit melanggar syarat lesen, termasuk memanipulasi rekod transaksi dan menyalahgunakan subsidi kerajaan.








