Empat lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan melakukan khianat dengan api dengan membakar rumah yang diduduki pelarian Rohingya di Kulai, pada awal bulan ini. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan membakar rumah yang diduduki pelarian Rohingya di Kulai, Johor pada 13 Okt lalu.

Tertuduh, Yap Eze Hong, 31; Amirul Eizlan Musrinan, 28; Khairul Abd Bahrin, 27, dan Chan Jie Mig, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Che Wan Zaini Che Wan Ibrahim, lapor Sinar Harian.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan khianat dengan api membakar sebuah rumah di Lorong 5, Kulai Besar, Kulai pada 1.30 pagi pada 13 Okt lalu.