JOHOR BAHRU – Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membakar rumah yang didiami etnik Rohingya di Kulai, dua minggu lalu.
Kesemua tertuduh iaitu Yap Tze Hong, 31, Muhamad Amirul Eizlan Masrihan, 28, Muhammad Khairul Abd. Bahrin, 27, dan Chen Jie Ming, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama melakukan perbuatan khianat menggunakan api bagi membakar sebuah rumah di Lorong 5, Kulai Besar pada pukul 1.30 pagi, 13 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.









