Cadangan untuk membezakan gaji minimum pekerja tempatan dan asing perlu diteliti secara menyeluruh. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Cadangan membezakan gaji minimum pekerja tempatan dan asing perlu diteliti secara berhati-hati bagi mengelakkan eksploitasi buruh serta teguran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), kata Menteri Sumber Manusia R Ramanan.
Beliau berkata, langkah membezakan kadar gaji berasaskan kewarganegaraan membawa risiko besar terhadap perundangan domestik dan konvensyen antarabangsa khususnya Konvensyen 100 ILO.
Katanya, kerajaan sentiasa komited memastikan keutamaan diberikan kepada rakyat tempatan dalam aspek peluang pekerjaan, termasuk mewajibkan majikan mengiklankan kekosongan jawatan menerusi portal MyFutureJobs sebelum pengambilan pekerja asing dipertimbangkan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fprabowo13_609145.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
