Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri turut catat kemajuan perkukuh penyertaan Sabah dalam sektor tenaga menerusi CCA dengan Petronas.KOTA KINABALU: Pelbagai perancangan sedang digerakkan bagi mencapai sasaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah sebanyak RM100 bilion menjelang 2030 di bawah agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Ketua Menteri Hajiji Noor.

Beliau berkata fokus kini adalah untuk memastikan perancangan pembangunan industri, menarik pelaburan dan penyediaan infrastruktur dilaksanakan, termasuk menjamin bekalan tenaga yang stabil, boleh dipercayai dan mampu milik.

“Apabila pelabur mempertimbangkan untuk membina kilang atau menjalankan operasi berskala besar di Sabah, mereka perlu mengetahui sama ada kita mampu menyediakan bekalan elektrik dan gas yang mencukupi, berapa kosnya serta bila bekalan itu dapat disediakan,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Perancangan Tahunan Sabah Energy Corporation (SEC) hari ini, menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Ceasar Mandela Malakun.