Pegawai polis didakwa diugut wanita bersenjatakan kapak dan terpaksa melepaskan tembakan selepas penggunaan pistol perenjat elektrik tidak berkesan. (Gambar Rawpixel)CANBERRA: Polis Adelaide, ibu negeri Australia Selatan, menembak mati seorang wanita bersenjatakan kapak yang didakwa mengancam pegawainya awal pagi Khamis, lapor Xinhua.
Menurut Polis Australia Selatan, pegawainya dikerahkan ke sebuah rumah di pinggir timur bandar itu sejurus sebelum 2 pagi (waktu tempatan) selepas menerima laporan seorang wanita bersenjatakan kapak.
Setibanya di sana, pegawai terbabit didakwa diugut wanita itu. Mereka kemudiannya menggunakan pistol perenjat elektrik, namun tidak berkesan, sebelum melepaskan tembakan.









