Dari kiri Ketua Pegawai Eksekutif interim Ryt Bank Wilson Soon; Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Wing K Lee; Ketua Pegawai Pemasaran YTL Communications Ren Yeoh; Presiden FAM Ab Ghani Hassan dan Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman pada majlis pemeteraian penajaan rakan penaja utama FAM. (Gambar YTL)PETALING JAYA: Yes dan Ryt Bank menjadi rakan penaja utama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kerjasama yang bertujuan mendekatkan penyokong dengan sukan itu serta menyokong pembangunan bola sepak negara.

Kerjasama yang dimeterai menerusi inisiatif “Demi Bola Sepak Malaysia” itu akan melibatkan program berkaitan bola sepak belia, penyertaan komuniti, pengalaman hari perlawanan dan kandungan digital.