MENJAGA kesihatan bukan sekadar mengenai kecergasan fizikal, sebaliknya ia merupakan pelaburan jangka panjang bagi memastikan tubuh kekal bertenaga dan berfungsi dengan baik.
Bagi lelaki, keperluan nutrisi perlu diberi perhatian kerana faktor seperti komposisi otot, metabolisme, perubahan hormon serta risiko terhadap penyakit tertentu boleh mempengaruhi keperluan pemakanan harian.
Pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien bukan sahaja membantu membekalkan tenaga untuk menjalani rutin seharian, malah menyokong kesihatan jantung, otak, sistem imun, otot serta kesihatan reproduktif.
Justeru, terdapat beberapa pilihan makanan yang boleh dimasukkan ke dalam menu harian untuk amalan pemakanan seimbang.









