SUNGAI SIPUT: Sepasang kekasih bawah umur ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di sebuah stesen minyak di Salak Bharu, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 17 dan 16 tahun itu ditahan secara berasingan di Kuala Kangsar, semalam.

Katanya, penahanan pasangan itu turut membawa kepada rampasan beberapa barang kes termasuk sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dipercayai dicuri mereka.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.05 malam ketika pengadu berusia 42 tahun meletakkan motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru gelap di hadapan stesen minyak untuk mengeluarkan wang tunai di mesin ATM.