KUALA LUMPUR: Permintaan penumpang udara global keseluruhan yang diukur berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 0.5 peratus pada September tahun ini berbanding bulan sama 2025, mencerminkan kelemahan pasaran di Asia Barat dan Amerika Utara.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) memaklumkan, permintaan penumpang meningkat 0.3 peratus jika rantau Asia Barat tidak diambil kira.
Dalam kenyataan dikeluarkan di Geneva, Switzerland persatuan itu memberitahu jumlah kapasiti diukur berdasarkan tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK), menurun 0.2 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan berada pada paras 83.2 peratus, susut 0.3 mata peratusan berbanding setahun sebelumnya.









