PETALING JAYA: Sebanyak 83 peratus amanah pelaburan hartanah Malaysia (M-REIT) menjangkakan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) memberi kesan kepada penilaian hartanah pada masa hadapan.

Dapatan itu diperoleh menerusi laporan Daya Tahan Iklim dalam Tindakan: Bagaimana REIT Malaysia Bertindak Balas Terhadap Landskap Risiko yang Berubah yang diterbitkan oleh Knight Frank Malaysia.

Berdasarkan Kaji Selidik ESG M-REIT 2026 yang dijalankan dengan kerjasama Persatuan Pengurus REIT Malaysia (MRMA), responden menggariskan beberapa faktor utama yang memacu penggunaan ESG dalam tempoh lima tahun akan datang.

Faktor berkenaan merangkumi keperluan kawal selia, prestasi kewangan peringkat aset susulan pene