PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa dokumen daripada Zetrix AI Berhad berhubung siasatan dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta membabitkan syarikat penyedia perkhidmatan elektronik, My EG Sdn Bhd (MyEG).

Satu sumber memaklumkan, semua dokumen tersebut diserah secara rela bagi membantu siasatan oleh PDRM.

“Tiada serbuan dilakukan oleh polis di pejabat Zentrix AI Bhd. Polis hadir ke pejabat tersebut hanya untuk mendapatkan dokumen penting kaitan dengan kutipan hasil berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Utusan Malaysia masih mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa.