Dewan Undangan Negeri Sarawak akan terbubar secara automatik Disember ini, jika pembubaran tidak dilakukan lebih awal dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Khabar angin bertiup kencang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan minggu ini bagi membuka laluan kepada PRN ke-13.
Spekulasi itu susulan khabar angin Premier Sarawak, Abang Johari Openg, akan membuat pengumuman penting pada Jumaat ini.
Berita Harian melaporkan terdapat juga spekulasi pembubaran diumumkan hari ini sempena hari terakhir Mesyuarat Kedua Penggal Kelima DUN Sarawak ke-19.
DUN Sarawak akan terbubar secara automatik Disember ini, jika pembubaran tidak dilakukan lebih awal dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F0985640893490345_404108.png&w=480&output=webp&q=85&we)
