Kuala Nerus: Tidak seperti bayi normal, Helmi Al Faqih Helmi Saifuldin atau nama manjanya adik Faqih dilahirkan tanpa telinga kanan akibat Sindrom Goldenhar iaitu kelainan kongenital atau kecacatan sejak lahir jarang berlaku.

Bapanya, Helmi Saifuldin Mat Ani, 41, yang menetap di Kampung Tok Jembal di sini, berkata, dia dan isterinya, Rokiah Salae, 39, hanya mengetahui keadaan anak bongsu mereka itu selepas Faqih dilahirkan lima bulan lalu.

Meskipun mempunyai kekurangan fizikal, Helmi Saifuldin bekerja sebagai penjawat awam menerima keadaan anak dengan hati terbuka dan tetap bersyukur dengan kehadiran anak syurga dalam hidupnya.

"Isteri tak berdepan masalah atau komplikasi ketika hamil, malah hasil pemeriksaan bulanan mendapati kandungan sihat.