RIYADH: Impian Cristiano Ronaldo untuk mencapai 1,000 gol sepanjang karier profesionalnya semakin hampir menjadi kenyataan apabila bintang Portugal itu kini hanya memerlukan 15 jaringan lagi untuk mencapai angka bersejarah berkenaan.
Ronaldo mencipta hatrik dalam tempoh 15 minit ketika membantu Al Nassr menewaskan Al Kholood 5-3 dalam aksi Liga Pro Arab Saudi, awal pagi tadi, sekali gus meningkatkan jumlah jaringan sepanjang kariernya kepada 985 gol.
Ketika kedudukan terikat 2-2, Ronaldo meledak gol pada minit ke-66, 72 dan 81 untuk memastikan kemenangan pasukannya.
Selepas perlawanan, Ronaldo menerusi media sosial meluahkan kegembiraannya dengan berkata: "Kemenangan hebat, persembahan pasukan yang cemerlang. Gembira dapat membantu menerusi hatrik!"








