TANAH MERAH: Walaupun menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah mental dan Parkinson, seorang wanita nekad menjaga tiga anak saudaranya yang yatim piatu.
See Bee Chuu, 59, menggalas tanggungjawab itu sejak kematian adik iparnya, Tan Bee Siew, 40, akibat strok dua tahun lalu, disusuli suaminya (adik Bee Chuu), See Lee Kuan, 51, yang maut dalam kemalangan jalan raya, tiga bulan kemudian.
Kini, Bee Chuu berpindah ke rumah mendiang adiknya dan menjaga tiga anak saudaranya See Soon Huat, 20, See Soon Siong, 18 dan See Soon Thiam, 11, sejak dua tahun lalu.
Bee Chuu berkata, selain menghidap Parkinson dan masalah mental, dia menderita kencing manis kronik, darah tinggi, masalah jantung, asma, ketumbuhan pangkal rahim serta rabun, namun tidak menghalangnya melakukan tugasan rumah termasuk memasak.








