Rio de Janeiro: Ketua jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti terus memberi tumpuan kepada pemain muda apabila menyenaraikan skuad bagi menghadapi aksi persahabatan menentang Jepun dan Singapura pada November ini sebagai sebahagian daripada usaha membina semula kekuatan selepas kempen Piala Dunia yang mengecewakan.

Brazil dijadual menentang Jepun di Singapura pada 14 November sebelum berdepan pasukan tuan rumah, tiga hari kemudian.

Secara keseluruhan, skuad kali ini menampilkan sembilan pemain dalam lingkungan usia Olimpik dan 15 pemain bawah 23 tahun, sekali gus memperlihatkan kesungguhan Ancelotti melakukan peremajaan besar-besaran dalam pasukan itu.

"Sepanjang tempoh menuju 2027, kami perlu melaksanakan usaha ini bagi mencari hala tuju yang jelas.