MELAKA: Perikatan Nasional (PN) mahu menjadikan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai landasan penyatuan ummah dan membina momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kerjasama itu bukan sekadar untuk memenangi kerusi ditandingi, sebaliknya membawa agenda penyatuan serta kebersamaan dengan seluruh rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, PRN Melaka menjadi antara langkah awal yang penting selepas PRN Johor dan Negeri Sembilan, sebelum kedua-dua parti berdepan PRU16 yang dijangka diadakan tahun depan.

"Kalau kita campur antara PN dalam pilihan raya lalu dengan BN, kita boleh menang dengan selesa di Melaka ini.