Presiden MCA Wee Ka Siong berkata kerajaan harus nyatakan peruntukan, berapa yang sudah dibelanjakan dan status terkini.PETALING JAYA: Rakyat ingin tahu bila projek jalan luar bandar akan disiapkan, mengapa projek terhenti atau mengalami kelewatan, dan mengapa kontraktor belum dibayar, kata Presiden MCA Wee Ka Siong.
Wee berkata kerajaan sepatutnya menyenaraikan peruntukan yang telah disediakan, berserta jumlah yang sebenarnya telah dibelanjakan. Kerajaan juga harus memaklumkan status terkini bagi projek-projek itu, termasuk peratusan pembinaan yang telah siap serta bayaran yang masih tertunggak.
"Angka peruntukan yang lebih besar tidak menjawab persoalan mengapa projek tertangguh dan kontraktor belum dibayar," katanya di Facebook, mengulas angka yang dinyatakan oleh Tengku Zafrul Aziz, penasihat kanan politik kepada perdana menteri.







