KOTA BHARU – Kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta bagi pelaksanaan projek dialisis di beberapa masjid terpilih di Kelantan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha melalui menerusi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)-Radicare merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memanfaatkan institusi masjid bagi membantu masyarakat mendapatkan kemudahan rawatan."Projek ini untuk memudahkan orang ramai menerima kemudahan dialisis dan sekarang kami gunakan masjid sebagai pangkalannya dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta."Peruntukan ini membabitkan beberapa masjid terpilih di Kelantan," katanya ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi di sini sini pada Sabtu.Beliau sebelum itu, menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Jamek Muhammadi.Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Beliau berkata, kerajaan turut memperuntukkan lebih RM645,000 menerusi YWM bagi projek Wakaf Air dan pemasangan solar masjid di Kelantan."Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan memperluas manfaat wakaf untuk kesejahteraan masyarakat," katanya.
Anwar umum RM2.5 juta projek dialisis di masjid Kelantan

Key takeaways
Kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta untuk projek dialisis di masjid terpilih di Kelantan.
- Peruntukan RM2.5 juta digunakan untuk membantu masyarakat mendapatkan kemudahan dialisis.
- Projek ini dilaksanakan melalui Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)-Radicare.
- Kerajaan juga memperuntukkan RM645,000 untuk projek Wakaf Air dan solar masjid.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PRN Melaka: Anwar umum 21 calon PH
- Sinar Harian Anwar umum RM2.5 juta projek dialisis di masjid Kelantan (this story)









