Pasir Mas: Institusi pondok perlu diperkasa dan dinaik taraf ke peringkat universiti bagi memastikan ia terus relevan dalam memenuhi keperluan masyarakat yang semakin berkembang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, sistem pendidikan Islam tradisional itu tidak seharusnya dipinggirkan, sebaliknya perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa tanpa mengabaikan peranan asasnya dalam memelihara akidah dan membentuk sahsiah umat Islam.
Katanya, institusi pondok sejak sekian lama berperanan sebagai benteng pertahanan umat Islam, khususnya dalam mempertahankan akidah, nilai moral dan penguasaan ilmu.
"Institusi ini boleh diubah suai dan ditambah baik, namun kita perlu memastikan sistem pendidikannya berkembang ke tahap lebih tinggi, termasuk mencapai taraf universiti.










