Shah Alam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah gering akibat dijangkiti virus Influenza A.

Istana Alam Shah dalam kenyataan memaklumkan, gejala berkenaan disahkan oleh doktor peribadi yang merawat baginda, Datuk Dr Anuar Onah dan Datuk Dr Tan Hui Meng.

"Gejala jangkitan mula dikesan pada pagi Jumaat, 30 Oktober, apabila baginda mengalami demam panas yang tinggi serta lemah anggota badan," katanya.